Sabtu, 31 Oktober 2009

TINGKATKAN MOTIVASI ANDA, JADILAH INSAN YANG MENGGEMBIRAKAN ORANG LAIN!

SEBAGAI BEKAS PELAJAR SMKKKB, KITA SEMUA SEMESTINYA MERASA BANGGA KERANA RAMAI DIANTARANYA YANG BERJAYA DIDALAM KERJAYA MASING-MASING. INGAT RANGKAP SEBUAH LAGU DATUK SUDIRMAN HJ ARSHAD: “KALAU PERGI KUALA KUBU, TULIS NAMA ATAS BATU ….”, YA, KERANA NAMA YANG DITULIS ATAS BATU ITULAH YANG TERPAHAT KUKUH DAN MENJADIKAN SMKKKB TERUS UNGGUL MELAHIRKAN TOKOK-TOKOH TERNAMA.
INSYAALLAH, ATAS RASA UNTUK MENIMBULKAN ANJAKAN PARADIGMA, PENGENDALI LAMAN BLOG INI AKAN MENEMUI TOKOK-TOKOH INI DARI SERENDAH-RENDAHNYA HINGGALAH SEHINGGA PERINGKAT TERTINGGI. KITA MAHUKAN RAKAN-RAKAN KITA DITONJOLKAN, BUKAN UNTUK SUKA-SUKA, TETAPI UNTUK MENJADI SUMBER ILHAM DAN PEMBAKAR SEMANGAT RAKAN-RAKAN SEBAYA MEREKA, MALAH PALING PASTI UNTUK WARGA SMKKKB SEKARANG, BAHAWA DARI SMKKKB ADA “MUTIARA” YANG BERKILAU….. TERUSKAN BERSAMA BLOG INI.
KAMI AKAN MERANGSANG ANDA UNTUK BERJAYA, INSYA-ALLAH... JADILAH INSAN YANG MENJADIKAN INSAN LAIN GEMBIRA....

SAMBUTAN HITEA RAYA 2009: ERATKAN SILATURRAHIM

SAMBUTAN RAKAN-RAKAN UNTUK MENYERTAI HITEA RAYA 2009/143OH, WALAUPUN TIDAK SEBAGAIMANA YANG DIHARAPKAN, IANYA TETAP MERIAH. HASRAT UNTUK MENEMUKAN SEMULA RAKAN-RAKAN YANG TELAH BERPISAH SEKIAN LAMA, TERCAPAI JUGA AKHIRNYA.
MASING-MASING HADIR DENGAN RASA INGIN SANGAT UNTUK MENATAP WAJAH RAKAN-RAKAN SEBAYA, YANG SAMA-SAMA MENUNTUT SATU WAKTU DULU DI SMK KKB. RAKAN-RAKAN SEAWAL PELAJAR TINGKATAN LIMA PADA 1965 HINGGALAH 2008. BAGI YANG BARU “BERPISAH” BARANGKALI TIDAKLAH TERASA SANGAT. TETAPI YANG SUDAH LEBIH 40 TAHUN USIA PERPISAHAN ITU, TENTUNYA MENGUNDANG RASA NOSTALGIK YANG AMAT TINGGI.
SEBAGAIMANA YANG DIUAR-UARKAN TERDAHULU, URUSETIA ADA MENYEDIAKAN KOLEKSI FOTO MAJLIS TERSEBUT DALAM SEKEPING CD UNTUK TATAPAN. UNTUK MENDAPATKAN CD TERSEBUT, SILA HUBUNGI URUSETIA SEGERA. KOSNYA PUN MAMPU ANDA SEDIAKAN, RM10.00.
PENGENDALI LAMAN INI JUGA MEMAPARKAN PROMO CD FOTO TERSEBUT DALAM BENTUK CLIP VIDEO. JANGAN KETINGGALAN UNTUK ANDA MELIHAT KEMERIAHAN HITEA RAYA TERSEBUT. WALAUPUN BARANGKALI, IA TIDAK MEMAPARKAN WAJAH ANDA, ANDA MUNGKIN INGIN MELIHAT WAJAH RAKAN-RAKAN ANDA.
ATAS PERMINTAAN RAMAI, KAMI AKAN JUGA MENGELUARKAN FOTO CD UNTUK MAJLIS SAMBUTAN PADA 2008 YANG LALU. JIKA ANDA BERMINAT, SILA TULIS KEPADA KAMI DIEMAIL YANG DINYATAKAN ATAU SMS KE NOMBOR PENGENDALI LAMAN BLOG INI.